Thursday, March 31, 2011

Sejarah April Fool





Perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.




sumber : jomlayan

Hadiah Untuk Lelaki

pejam celik pejam celik, dah nak bulan Mei a.k.a bulan Encik Lelaki. tak tak, bukan Encik Lelaki datang bulan. pergi ke bulan pun xmungkin.
sekarang ni tgh pening-pening fkir nak beli hadiah apa utk beliau. tahun lepas aku dah belikan sebijik kereta Porshe. tahun ni xtaw nak bagi apa. rasa macam nak bagi je kad kredit kat dia suh dia beli apa je yang dia idam-idamkan. 


oke oke, cukuplah berangan yek. macamlah aku ni kaya sangat. kayap adela. ni tgh dok gugel-gugel kat tenet hadiah terbaik utk Lelaki. korang ada idea bernas dan bermanfaat x?. setelah gugel baik punya cilok, inilah hasilnya. Hadiah idaman lelaki (tp lom tentu aku mampu beli. keke) :
  • Jersi Bola Sepak kelab pujaan - utk yang fanatik bola macam Encik lelaki
  • Tiket perlumbaan F1 Sepang 
  • Permainan Video Seolah keanak-anakan, majoriti lelaki sukakan permainan video. Daripada permainan video Sony PS1 hingga kepada model PSP terkini, lelaki cukup menggemari permainan video sebagai hobi waktu lapang.

  • MP3 - utk lelaki yang suka kumpul gadjet. Bukan sekadar memberikan gajet muzik, lebih bermakna jika anda memuatkan sekali lagu kegemaran si dia tanda cinta!
  • Jam tangan
  • Glove/Jacket - Kalau pasangan korang minat motor (mcm Encik Lelaki jugak) Korang mesti risau keselamatan diorang kan. time ni la nak tunjuk yang korang care kat pasangan korang. Bagi la glove yang ada shield tu, takpun kasi je jacket yang selesa untuk pasangan korang. Takde la dia basah time hujan ke bercalar time jatuh ke. Penting tu untuk safety!
  • Digital Alarm - kalau bf korang susah nak bangun tido (mcm Encik Lelaki la), Digital alarm adalah hadiah yang terbaik. Jangan beli jam Hello Kitty yang jarum tu. mcm segan je dia nak letak kat bilik. belila Digital Alarm yang stylish skit. Baru pasangan korang bersemangat nak letak alarm tu kat sisi katil diorang. xpun, beli Digital Alarm bentuk bola sepak. kalau berbunyi, senang sidia nak campak kat dinding. hehe

  • Pouch Bag kengkadang lelaki ni malas nak menyelit barang-barang diorang macam wallet, handphone atau apa-apa je la dalam poket seluar. Kalau ada pouch bag boleh sumbat semua benda dalam tu. PSP pun senang nak bawak.
  • Kereta Kawalan Jauh/Replika - Semua lelaki suka kereta. Lelaki ni kalau tak dapat beli kereta betul dapat keta mainan pun da kira ok. kalau korang tak mampu nak beli kereta kawalan jauh tu, beli je replika macam yang dapat free kat Shell dulu tu. shantek!!!
  • Perfume

  • Album gambar korang atau kad ucapan and decorate sikit-sikit bg lawa. yang penting kad 2 hasil tangan sendiri ya. xmenla beli kat Popular pastu just tulis 2,3 baris. xromantik.
  • last sekali, bagi jelah kasih sayang sepanjang masa. itu dah menunjukkan korang betul-betul ikhlas. tak perlu hadiah mahal-mahal, asalkan korang ikhlas cintakan dia.

notakaki   : anda pula bagaimana?
sumber  : fitrihadnicerar

Wednesday, March 30, 2011

Diskriminasi Jantina? - Bung Moktar perlu kemuka statistik pemandu wanita berbahaya

KUALA LUMPUR 29 Mac - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin diminta mengemukakan statistik kemalangan melibatkan pemandu wanita bagi membuktikan pemanduan golongan tersebut amat berbahaya seperti didakwanya. 

Yang Dipertua Persatuan Siswazah Wanita Malaysia, Datin Fauziah Ramly berkata, ahli politik itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan demikian tanpa sebarang bukti. 

"Tanpa bukti kukuh beliau tidak layak membuat dakwaan itu. Ia jelas menunjukkan beliau memperlekehkan keupayaan pemandu wanita," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Bung Moktar pada sidang Dewan Rakyat semalam mendakwa pemanduan kebanyakan wanita di negara ini amat berbahaya sehingga boleh mengundang kemalangan. 

Fauziah menyangkal dakwaan itu dengan menegaskan, wanita memandu dengan berhati-hati tanpa mengikut perasaan berbanding golongan lelaki.
Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah pula menyifatkan Bung Moktar sebagai seorang yang seksis berikutan kenyataannya itu. 

"Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan diskriminasi terhadap wanita di Parlimen pada 2007 dan kini beliau mengeluarkan kenyataan sama. 

"Ini jelas menunjukkan beliau tidak menghormati wanita. Ia juga menunjukkan beliau tidak peka dengan kajian pemanduan di Malaysia yang mengatakan pemandu lelaki sering melanggar peraturan di jalan raya," ujar beliau. 

sumber : utusan

World Invasion - Battle Los Angeles

mungkin agak terlewat utk aku review cerita ni. tapi xpelah since aku baru je tgk cite ni malam td. plan nak tgk Merong Mahawangsa, tapi melencong ke World Invasion - Battle LA.

from my point of view, citer ni memang best. sebab buat aku tutup mata dengan aksi-aksi yang mendebarkan. bom sana bom sini macam depan mata jer. sape-sape yang suka citer fiksyen, try usha citer ni. besttttt~

bumi diserang dengan makhluk yang tak dikenali yang mempunyai peralatan perang yang sangat canggih. semua menggunakan kawalan dari pusat.  Jet-jet pejuang tenteraudara pun xmampu nak kalahkan mereka. tapi makhluk ni  bukan UFO. bandar Los Angeles musnah teruk jadi padang jarak padang tekukur. 




nak tahu cerita selanjutnya, mohler ke panggung wayang. sementara citer ni masih ada lagi =p

kalamalambulanmengambang : Encik Lelaki boleh plak tertido ms tgk citer ni. org punyalah fokus sampai terbeliak bijik mata. ishhh3

Pemandu Wanita Berbahaya?

tadi masa beli paper Utusan, terus je terpandang tajuk di atas kat muka depan. WOW!
itu ayat pertama yang keluar dari mulut aku.




aku xsebelah mana-mana. ya pun tak, salah pun tak. mebi kita kaum perempuan memang xperasan yang kita selalu sangat buat salah semasa memandu.

ada betulnya jugak cakap Bung Mokhtar 2. dulu masa beli kereta dan belajar Encik Lelaki selalu nasihat.

"bawak kereta fikir orang lain, jgn fikir keselamatan sendiri je"

aku rasa telinga aku ni dah lali dengar dia cakap macam 2. ada betulnya jugak dia cakap mcm 2. kadang-kadang kaum perempuan ni xperasan and suka ambil jalan mudah. contohnya ms nak tukar lane, pandang sebelah lane kosong, terus tukar. xtengok belakang dulu. 2 yang menyebabkan excident.

kalau bawak kereta slow atau nmpak mcm something wrong je atas jalan raya 2, mesti kita sebut "ni mesti perempuan". memang xdinafikan kn?

pada pendapat aku la...kaum lelaki pun apa kurangnya, diorang bukan xmemandu secara berbahaya cuma jumlahnya kecil jika nak dibandngkan dengan kemalangan-kemalangan @ kesalahan lalu lintas yang disebabkan oleh kaum perempuan. 

notatangankakimulut : Arab Saudi haramkan wanita memandu. agak-agak kadar kemalangan kat negara 2 kecil ke? 

Monday, March 28, 2011

Pengaruh rakan sebaya

aku cuti panjang...u all taw kan? keke
kat rumah xde internet connection, so g CC jap nak check email and blog. rindu betul dengan selipar buruk ni. betullll........

aku teman kawan g CC, dia ada nak isi borang apeke benda tah.
CC yang aku g ni, amatlah ramai budak-budak sekolah.
bukan 2 yang aku nak heran, cme rs sedih bila budak kecik-kecik lingkungan umur 7-12 tahun yang rata-rata xkenal dunia ni lagi keluarkan ayat-ayat yang kurang ajar atau xsedap didengar..

"BODOH"
"SIAL"
"BABI*"

*sila sebut dalam hati sahaja

boleh dikatakan ayat 2 asek keluar je dari mulot dorg. kalau anak aku, memang da lama kena lempang.umur baru setahun jagung, dah pandai cakap mcm 2..
please, don't use dat word especially BODOH, SIAL, BABI and what so ever. bahasa kan melambangkan bangsa.kalau setiap hari cakap perkataan bodoh je, memang bodohlah jawabnya. nasiblah bukan adik-adik aku. haisshhhh...

nota kaki : pengaruh rakan sebaya

Paras radiasi terlampau di reaktor Fukushima

KITAKAMI 27 Mac - Paras radiasi yang terlampau tinggi dikesan dalam air yang bocor dari sebuah reaktor di loji nuklear Fukushima, timur laut Jepun hari ini, memberi tamparan terbaru kepada usaha untuk menamatkan krisis di kompleks yang rosak teruk dalam gempa bumi dan tsunami baru-baru ini.
Operator loji, Tokyo Electric Co. (TEPCO) berkata, petugasnya telah mengesan paras radiasi 10 juta kali lebih tinggi daripada biasa dalam air yang bocor di reaktor No. 2, sementara wap putih terus kelihatan daripada loji tersebut.
Paras radiasi didapati 1,000 milisievert sejam, memaksa pekerja dikeluarkan dari bangunan turbin reaktor kerana keadaan terlalu berbahaya untuk mereka terus berada di sana, kata TEPCO.

"Paras radiasi terlalu tinggi dan besar kemungkinan air bocor daripada reaktor," kata jurucakap agensi keselamatan nuklear, Hidehiko Nishiyama mengenai bacaan terbaru itu.

Satu dos 1,000 milisievert boleh menyebabkan sakit radiasi sementara termasuk loya dan muntah-muntah.

Pendedahan kepada 100 milisievert setahun dianggap paras terendah yang boleh menunjukkan kenaikan risiko dihidapi kanser.
Ketika timbul kebimbangan mengenai kebocoran kolam rod tenaga atau kebocoran injap dan paip kolam itu, ketua jurucakap kerajaan, Yukio Edano mengakui kemajuan untuk mengawal loji itu kurang menggalakkan.

"Kami mahu memberikan gambaran lebih jelas tentang bila krisis ini akan diselesaikan, tetapi saya tidak boleh bersikap lebih optimis daripada realiti yang berlaku," katanya.

Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano turut memberi amaran, krisis nuklear Jepun mungkin berlarutan selama berminggu-minggu, kalau tidak berbulan-bulan, memandangkan loji itu mengalami kerosakan teruk. - AFP

nota kaki : berjaga-jaga

Friday, March 25, 2011

Ohh Cuti~

aku akan bercuti panjang~
ya!

sangat panjang.
dalam beberapa hari ni aku xakan update blog.
(kata panjang? tp knp cuma beberapa hari?)

tunggu aku pulang dari bercuti ya kawan-kawan
sure rindu giler kat blog ni. x0xo

tenkiu ^^

nota tapak kaki : sila jangan jeles =p

Thursday, March 24, 2011

Diskriminasi kereta?



perbezaan antara keduanya?
kereta mahal dan kereta murah
kereta import dan local
kereta sedan dan mini

Polis Bantuan kat ofis aku clamp keta Perodua, tapi dia tak berani clamp kereta Mercedes 2 even kesalahan diorang sama.

kenapa?

sebab kereta mahal, so yang bawak pun maybe orang kaya + berpengaruh. nanti kalau clamp kena ambil tindakan. kira respek terlebihla.

nak clamp bia adil. kalau takut nak clamp kereta Merc 2, xpayahla clamp kereta Perodua 2 jugak..adil kn??

sumber : gambar kereta dari Google

Tuesday, March 22, 2011

apa itu PMS?






Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS, the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life". Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).

Dalam kegunaan, ringkasan PMS difahami secara meluas di Amerika Syarikat (dan negara lain, sebagai contoh Australia) sebagai merujuk kepada kesukaran dikaitkan dengan haid, dan ringkasan ini digunakan secara kerap malah dalam kedudukan biasa atau tidak formal, tanpa terikat dengan ketegasan perubatan. Dalam konteks ini, sindrom jarang dirujuk tanpa ringkasan, dan konotasi rujukan adalah lebih meluas berbanding istilah perubatan.

pesanan khidmat masyarakat : 
>> so kalau kami yang pompuan ni emosi xstabil, Encik-Encik lelaki kena lah faham yer. terima kasih =)

Monday, March 21, 2011

Peristiwa Besar 2012?

Seperti yang kita sedia maklum, 2012 merupakan tahun tanda tanya. banyak rumours yang kita dengar pasal 2012 yang kononnya kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. bagi kita umat Islam, kiamat adalah urusan Allah dan hari itu adalah rahsia. sebolehnya aku memang tak nak percaya dengan sogokan cerita-cerita dari barat tentang kiamat ini. tapi hati ini tetap tertanya-tanya. apakah bencana yang bakal kita hadapi pada tahun 2012 nanti. semua kitab termasuk al-Quran ada menyatakan tentang bencana yang akan berlaku pada 2012. cuma kita tak tahu samada bencana tersebut adalah kiamat atau tidak. itu semua urusan Allah. kita tak boleh menjangkakannya.

Rencana ni aku copy dari scribd.com. tapi aku tak tahulah kesahihannya samada betul atau tak.

Berikutan peristiwa besar 2012 suatu perbincangan diantara ulamak luar telah memutuskan
perkiraan mengikut tanda-tanda dan rentetan peristiwa yang telah berlaku di atas muka bumi
berkemungkinan besar adalah benar. Pada minggu lepas (26/07-03/08/2009) sahabat ana telah pergi ke KL atas urusan keluarga. Kebetulan sempat berbincang panjang pasal peristiwa besar 2012 dengan seorang Syeikh Maulana (guru) yang banyak menyumbangkan tenaga di dalam menjayakan PERKIM. Beliau suka berbincang dan bertukar pendapat bersama ulamak di wilayah Negara Arab dan Negara timur tengah. Baru-baru ini beliau telah pergi ke Iran,Kaherah…… Beliau mengatakan sejumlah 400 rakyat Iran yang pergi ke Mekah dijangkiti virus selesema babi. Kita ketahui bahawa Mekah dan Madinah adalah kawasan selamat tetapi jangan lupa kekuasaan Allah s.w.t. Di Kaherah, kerajaan telah membuat operasi besar-besaran menghapuskan haiwan babi. Begitu juga di Iran.

Persoalannya kenapa Malaysia tidak melakukannya?

Berdasarkan hadis dan kajian ulamak tahun 2012 berkemungkinan besar berlaku bencana alam yang megakibatkan banyak penduduk dunia kehilangan nyawa dan harta benda.Wabak penyakit banyak menular. Generasi manusia akan susut. Beliau menambah lagi kenyataan bahawa peristiwa 2012 itu adalah jangkaan tetapi tidak mustahil berlaku lebih awal. Nasihatnya supaya hidupkan zikir dalam diri masing-masing bermula sekarang. Kini beliau sedang perhebatkan dakwah berikutan hal ini di kawasan Kuala Lumpur. Sama ada percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing.

Hadis

1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas ke bumi )Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita lihat hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal huru hara 2012.

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...".
Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?"
Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kamu telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kamu ke dalam rumah kamu, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah:

"Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Kajian NASA

Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009
planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana
Untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat youtube (nak forward besar sgt)..benarlah kata2 RASULULLAH satu ari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat
islam...ALLAHHUAKBAR

insaf : Allah Maha Besar

tembam kan?


Semalam member kol. Dia kate da lame xborak-borak..so borak-boraklah pasal kehidupan masing-masing. Mcmana dgn kerja, dgn pasangan, masa depan dan bla bla bla…
Tiba kat satu dialog ni, aku agak tersipu-sipu malu.
Diya : anne, aku xsangka lah..ko sekarang da makin tembam. 
           Pipi da naik..nampak lain sangat.
Aku tersipu-sipu malu bila dia cakap mcm 2..sekarang barulah aku perasan, aku makin tembam! Ya tembam pipiku, berat badan pun makin naik.. *malu lagi.

dulu - 'shantek' ker....?

sekarang - tembam bam bam
Mebi sekarang da kuat makan kot. Keje pon ok goyang kaki. Gi keje naek kete. Naik ofis gne lif. Breakfast, lunch and dinner wajib. *dulu lunch jer and kadang-kadang dinner
Bila tgk gambar sendiri yang latest-latest ni, barulah perasan. Xsangka plak itu aku. Keke. Ni baru keje 6 bulan. Bayangkan kalau 2,3 tahun? Just imagine~
Dulu masa keje kat KL, g keje naik tren. Dari rumah nak ke train 2 pon bukan dekat. Dah naik tren, kena tukar tren plak kat Masjid Jamek. Dah sampai stesen Bandaraya, kena jalan kaki. Jauh taw...ms 2, makan banyak mcmana pun xpayah risau. Setiap pagi buang lemak dengan berjalan. hehe

psst : sekarang keje aku aske makan jer. mane x gemokk! xpelah, asalkan bahagia. ngehehe

bilakah 'masa sendiri' anda?

masa sendiri aku  @>---

bila dapat keluar window shopping atau ke kedai comel-comel spt My One Shop kat Subang Perdana (mcm kedai Living Cabin) ataupun ke kedai bunga. 




tanpa ada paksaan spt 'dahlah 2, jgn membazir' atau seseorang yang menunggu penuh keboringan di luar kedai sambil menghembus asap...errkkkkkk

aku rela menghabiskan masa yang lama utk berada di kedai seperti itu. membelek-belek setiap barang-barang comel sampai cashier kedai jeling semacam. 

*lu maw beli ka maw culi?


window shopping sudah cukup buat aku lapang fikiran. 
melihat benda-benda yang comel membuatkan aku seperti berada di dunia fantasi. cukuplah sekadar berangan. 

impian aku : ingin memiliki sebuah kedai yang menjual barang yang sama spt My One Shop. comel dan murah.

pesanan khidmat masyarakat : anda pula bagaimana?

Sunday, March 20, 2011

kesan kafein di dalam kopi @ nescafe


pening yang amat.
sekarang ni, rasa macam weng sikit.
baru perasan kenapa tiba-tiba mcm ni.
sebabnya.........
ptg td minum air nescafe-sedap-sangat-buatan-sendiri. * sedap ker???
ingatkan tanda-tanda menopous. *eh umur baru 23 hokeyyy. lupa plok
bahaya sebenarnya kafein kpd kita.

Apa itu kafein?

Kafein adalah bahan kimia aktif jadi yang terdapat dalam daun, atau biji tumbuhan. Kafein mempunyai rasa  yang sangat pahit. Kafein banyak terdapat dalam minuman terutamanya kopi, teh dan coklat. Apabila diambil, kafein akan meransang sistem saraf manusia, lalu meningkatkan kepekaan, memberikan tenaga tambahan dan tahan mengantuk.


Pengambilan kafein yang berlebihan, akan memberi kesan. Antaranya:
  • Menyebabkan badan kehilangan kalsium, yang mana membawa kepada risiko osteoporosis
  • Sekiranya pengguna mengalami tekanan, atau mengalami penyakit gugup, pengambilan kafein akan meningkatkan lagi kesan tekanan dan gugup tersebut.
  • Badan  menjadi penat dan lesu, ini kerana kafein menghilangkan rasa mengantuk. Badan yang 
  • tidak mendapat tidur yang cukup akan menjadi lesu.
  • kencing yang kerap, pengambilan kafein akan menyebabkan pengguna selalu nak terkencing. Mungkin juga menyebabkan dehidrasi, iaitu badan kehilangan air yang banyak.

sumber : madlut

@>---

hati ini berbunga-bunga.
entahlah kenapa.
susah nak digambarkan.
boleh digambarkan dengan bunga je.
melihat bunga, tersenyum sendiri.
melihatnya, terasa bahagia.
semoga ianya akan menjadi kenyataan kelak
.................................AMIN~


Berjaya Hills Bukit Tinggi

2 minggu lepas, ehh aku lupa la tarikh bila..yang penting hari Ahadla. aku ajak En. Lelaki g Bukit Tinggi. da lama kot ajak g..tapi asek delay jer..so arini aku ajak-ajak ayam je, xsangka plak dia cakap. 'ok'..wahhh gembira bukan kepalang. oyeahhhhhh! 

ekcelly, aku penah g Bukit Tinggi setahun yg lepas. mmg cantikla tempat dia. sila rujuk sini kalau nak tahu lebih lanjut. mmg sakanla mengambik gambo. tp ms 2 En. Lelaki xde kamera beso lagi. so gamba pon xbape nak best sebab cuma guna kamera samsung n henpon aku je. kualiti pon kureng. tp kali ni ktorang g waktu malam sebab nak tengok lampu-lampu kat situ pd waktu malam. 






 sila abaikan muka Encik Lelaki yang mcm xmandi and pipi aku yang semakin tembam tu. korang leh nmpak perbezaannya kalau tgk gambar 1st time aku g Bukit Tinggi dengan gambar yang ini. banyak perbezaan kan??? 

 pada aku, g waktu siang lagi seronok kot sebab dapat g banyak tempat and kualiti gambar haruslah lagi cantik kan. kalau g waktu malam, banyak tempat dah tutup cthnya Taman Jepun, Tmn Botani, Tmn Arnab n sebagainya.

masa nak naik ni, aku senyap je dalam kereta. bila Encik Lelaki tanya asal senyap? aku jawab 'takut' sebab kanan kiri hutan and kereta yang lalu lalang pun ada la 2,3 buah. tp nasib baik lampu banyak, so xlah seram sangat. mata aku plak asek pandang kanan kiri tengok-tengok hutan. nasib baiklah xnampak apa-apa kan. 

pesanan ringkas : macam xpercaya aku da semakin gemokk. ohemJi.

Friday, March 18, 2011

Wakenabeb!

Ini panggilan hangit versi pondan. Means org yang menelefon tu yang terkena panggilan hangit.
Menggeletar satu badan
Cuak yang teramatlah gila babeng
Risau masa depan – takut kena buang kerja/DI
Sesak nafas pon ada jugak
Ni semua gara-gara si Amil (BNS) dak ofis aku yang pedajal kenakan aku. Mari ikuti dialog di bawah.

Aku : Hello, kak Eton (BNS) ada?
Amil : kak Eton? Ni sapa ni?
Aku : ni amoi cantik (BNS)
Amil : amoi cantik mane?
Aku : amoi cantik dr dept BC/ICU (BNS jugak)
Amil : you kol dari mana?
Aku  : ermm ermm dr Alam Buana
Amil : alam buana? Sapa nama you td?
Aku  : haah…sy silap no. ke? nama saya amoi cantik.
Amil : ni kat Ofis Dato’. you dtg jumpa I sekarang. Kat Level 6!
Aku  : saya salah no. ker…………. *peluh dah mendidih-didih ni
Amil : come to see me now! I said Now! I'm Dato' K
Aku  : XXXX…………………………………………………….terdiam xtaw nak cakap apa.
Amil : …….no fon Kak Eton 6778. Ok bai

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!
Sentap giler aku. Rs macam xbleh nak bernafas. Last-last aku check ngn Kak Hajar no fon yg aku dail. Kurang asam kau Amil!!!! extention kau rupenyer. aku ape lagi, ugut nak sembur muka dia ngn penyembur air kalau dia xmintak maaf.
P/s : lepas ni akan lebih berhati-hati bila nak kol sape-sape. Even benda ni xbetul tp ianya sebuah pengajaran! Aigoooo

AKU TERKENA PANGGILAN HANGIT. Padan muka! haha

Jepun ada 48 jam elak 'Chernobyl baru'

Helikopter tentera Jepun membawa air untuk dijirus ke reaktor yang meletup

TOKYO: Jepun ada masa 48 jam untuk mengawal dengan segera krisis nuklearnya sebelum ia berdepan satu malapetaka 'lebih buruk berbanding Chernobyl'.
Jepun bergegas untuk mengelak kebakaran lebih teruk loji nuklearnya yang melepaskan radiasi pada tahap 809 mikrosievert sejam (unit radiasi) minggu ini.
Ada cubaan untuk menyejukkan kawasan itu dengan menjirus air laut dari helikopter dibatalkan kerana paras radiasi berbahaya di persekitaran bahagian atas loji.

Bacaan radiasi dekat bangunan itu mencapai 4,000 mikrosievert sejam ketika usaha itu dilakukan awal semalam.

Pihak berkuasa keselamatan nuklear di Perancis, berkata mereka pesimis sama ada jurutera Jepun dapat menghalang kebakaran teruk di loji jana kuasa Fukushima selepas satu kolam mengandungi batang besi bahan api nuklear berkeadaan terlalu panas dan mendidih dalam keadaan kering.

Thierry Charles, seorang pegawai keselamatan di Institut Keselamatan Nuklear dan Perlindungan Radiologi Perancis (IRSN), berkata: “Tempoh 48 jam berikutnya akan menjadi penentu. Saya amat pesimis kerana sejak Ahad lalu, saya lihat hampir tiada satu pun penyelesaian berkesan.”
Ditanya mengenai jumlah maksimum pembebasan radioaktif, beliau berkata: “Ia mungkin dalam kadar sama seperti Chernobyl.”

Insiden di loji jana kuasa nuklear Chernobyl di Ukraine pada 26 April 1986 menyebabkan 57 kematian langsung, dengan tambahan 4,000 kematian akibat kanser.

Paras radiasi dalam bangunan yang dilanda bahaya itu malam tadi dikatakan amat tinggi selepas digegarkan dengan letupan awal, bermakna radiasi mungkin sudah berada dalam atmosfera.

Tokyo Electric, pemilik loji terbabit, berkata lima pekerjanya terkorban di tempat kejadian, dua lagi masih hilang dan 21 cedera.

Malam kelmarin, seorang ketua keselamatan nuklear Amerika, berkata kerajaan Jepun gagal mengakui tahap bahaya penuh situasi di loji Fukushima manakala amaran kepada rakyatnya tidak mencukupi dan tidak jelas.

Gregory Jaczko, pengerusi Suruhanjaya Kawal Selia Nuklear Amerika, memberi amaran, jika paras radiasi ‘amat tinggi’ adalah mustahil untuk kakitangan membuat pembetulan di loji mengambil kira ‘dos’ yang mereka mungkin alami berpotensi membawa maut dalam jangka pendek.

Jabatan Negara Amerika pula menyatakan, kerajaan menyewa sebuah pesawat untuk membawa warga Amerika keluar dari Jepun dan mengarahkan ahli keluarga petugas diplomatik pulang dari Nagoya dan Yokohama, membabitkan 600 orang.

Pihak berkuasa kesihatan di beberapa negara mula gusar dengan sebarang kemungkinan seseorang dijangkiti radiasi dengan bertindak melancarkan pemeriksaan terhadap orang ramai, penumpang pesawat dan bot.

Ada laporan dari Korea Selatan dan Taiwan menyatakan pelancong yang tiba dari Jepun didapati ada sedikit tahap radiasi. – Agensi
sumber : bharian

Thursday, March 17, 2011

traffic naik tanpa blogwalking?

basically, ada beberapa cara nak naikkan traffic. tapi aku ada 1 cara. naikkan traffic tanpa blogwalking. ohmaigod. betol ke? 

kenape....???


tak picayer.....???????


aku xblogwalking langsung. tp seminggu ni traffic aku mesti lebih 100 viewers. 
pernah cecah 300.
caranya adalah....jeng jeng jeng.
rahsianya adalah..............

buat entry berkaitan isu semasa. 
cthnya sekarang ni, aku buat pasal entry radiasi akibat tsunami dan gempa bumi kat jepun 2. ekcelly, aku xberniat pun nak naikkan traffic. cume nak share dengan readers tentang musibah yang melanda Jepun 2. aku pun wat sikit research pasal Pripyat, kota mati yang terkena kesan radiasi masa reaktor nuklear kat Chernobyl meletup pada 1986. 
xsangka plak yang traffic aku naik mendadak sampai cecah 300++. maw xterkejut den?

ni lah antara bukti traffic aku naik gila babeng tanpa blogwalking. yang cecah 300++ 2, aku xsempat nak print screen. heeeee. yang ni pon boley kn...







nota kaki tangan mulut : sorie kalau gambar xbape jelas. bukan pintaku jadi sebegini. babai



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...